KOTAK BERWARNA MERAH,
Sunday, 6 May 2012 • 00:19 • 0 comments Tuk tuk tuk… “Iman. Iman, bangun nak. Dah pukul 6. Pergi mandi. Nanti terlambat pula hendak ke sekolah”. Ibu seperti biasa mengejutkan aku untuk ke sekolah. Dari kecil lagi aku memang tidak pandai bangun sendiri melainkan mengunci penggera waktu. Aku akui, aku seorang yang sangat liat untuk bangun pagi. Selepas aku bersiap, ayah ku yang akan menghantar aku ke sekolah sebelum dia berangkat ke pejabatnya. “Okey sayang, belajar rajin-rajin. Jadi anak yang berguna kelak”, seperti biasa ayah sering mengingatkan aku ketika aku mencium tangannya. “Baik tuan! Sedia menurut perintah. Pergi dulu. Assalamualaikum”. Aku menabik tangan ku dan tersenyum manis kepadanya. “Walaikummussalam”, ayah hanya tertawa kecil melihat gelagat ku. Aku menutup pintu kereta dan melambai tangan sehingga ayah pergi meninggalkan ku. Hari ini sudah genap dua minggu aku bergelar pelajar tingkatan 5 Musytari di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur. Tahun ini merupakan tahun penting bagi ku. Tahun ini juga yang akan menentukan kemana arah tuju ku kelak. Aku tidak boleh lagi membuang masa seperti dulu. Selepas habis waktu perhimpunan, pelajar-pelajar menuju ke arah kelas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran. “Hoi makcik ! Termenung apa tu? Teringat dekat anak kucing kat rumah lupa nak bagi makan ya pagi tadi?” Nina menyergah aku. “Ish kau ni! Kalau pagi-pagi macam ni tak kacau aku, tak boleh ke ? Masa macam ni lah kau nak buat kecoh”, aku tersentap dengan perbuatan Nina tadi. “Nasib baik aku takde sakit jantung, kalau tak. Haihh. Memang lama dah innalillah”. “Eh, rileks la kawan! Kau ni dah kenapa? Pagi-pagi lagi dah takde mood. Datang bulan eh?” Nina ketawa kecil. Dia seorang yang sangat periang, banyak cakap dan aktif orangnya. Di sekolah, dia lah sahabatku. Aku tidak ramai kawan di sekolah, bukan kerana aku sombong tetapi aku lebih selesa mempunyai bilangan kawan yang sedikit. “Beb, semalam kan ada budak baru masuk kelas 5 Utarid” Nina memulakan ceritanya pagi itu. “Oh. Lelaki ke perem….” “Lelaki lah. Perempuan buat apa aku nak cerita dekat kau”, belum sempat aku menghabiskan soalan ku, Nina sudah menjawabnya terlebih awal. “Okey”, jawab ku ringkas. “Okey? Eh, kau nak tahu tak. Mamat tu handsome… Tinggi orangnnya, kulit dia gelap sikit dari aku. Budak pandai tu Iman. Anak orang kaya lagi tau. Dia sebelum ini dari Seremban, dia pindah sini sebab ayahnya kene uruskan syarikat milik keluarganya di sini”, Nina menceritakan ciri-ciri dan sedikit latar belakang lelaki itu sambil berdiri seperti mengajuk perwatakkan lelaki tersebut. Sememangnya Nina suka berceritakan hal-hal seperti ini. Oleh itu juga dia digelar minah kepoh dan radio karat di sekolah ini. “Oh”, jawab ku ringkas. “Kau ni memanglah! Memang takde perasaan punya orang. Takpe, rehat nanti kau ikut aku tengok mamat tu ya? Confirm kau cair” Nina memandang ke arah ku dengan harapan aku akan mengikut rancangannya itu. Aku hanya menggangukkan kepala ku sahaja. Sama ada aku mahu ataupun tidak, aku harus menurut permintaannya. Kringggggggggg!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. “Har, tu lah dia mamat yang aku cakap tu Iman. Macam mana? Apa pendapat kau?” “Okey lah. Not bad,”sememangnya lelaki itu mempunyai wajah yang tampan. Dan mungkin dia akan digilai gadis-gadis di sekolah ini tambahan pula anak orang kaya. “Berkenan tak Iman?” Langkah aku terhenti. “Berkenan ke tak? Kau ni apasal? Asal ada je pelajar lelaki baru dekat sekolah ni, semua kau nak recommentkan dekat aku. Stop do this lah kawan. Tahun ni kita nak SPM okey. So fokuslah sikit. Takde masa dah untuk semua ni,” aku menjawab panjang lebar sambil mencekak pinggang. “Alah kau ni. Tak payahlah series sangat okey. Belajar, belajarlah. Couple, couple lah. Wahai cik Nurul Iman Idriani, sampai bila nak berstatuskan single lepas Zaril tinggalkan kau?” Aku berlalu pergi menuju ke kelas meninggalkan Nina sendirian. “Iman wait! I forgot to tell you something, nama dia Muhammad Iman Darwish! Dekat dah dengan nama kau. Ada jodoh tu!” Nina sempat lagi menjerit ke arah ku. “What ever Nina!” aku terus berjalan meninggalkannya. ****** “Macam mana sekolah hari ini?” “Okey je bu. Ibu masak apa?” “Ibu masak lauk kegemaran Iman. Ikan pari masak asam pedas. Pergilah makan. Ibu dah hidangkan dekat atas meja makan tu.” “Terima kasih bu. I love you,” aku mencium pipi ibu kemudian ke dapur. Selepas sahaja makan tengah hari, aku naik ke kamar ku. Telefon bimbit ku menerima sms dari nombor yang tidak dikenali. “Assalamualaikum. Hai, Iman Idriani ye?” Aku pelik. Siapa yang menghantar mesej ini? Siap tahu nama penuh aku. Ah, ini mungkin kerja si minah kepoh tu. Dia ingat aku baru kenal dia agaknya nak main-main dengan aku ni. “Walaikummussalam. Hai. Iman? Sorry, you have got wrong numberlah,” aku membalas mesej itu. “Bukan Iman? Tapi bukan awak ke tadi yang bagi nombor ni dekat saya? Siap kirim salam lagi tu,” Eleh minah ni, nak psyko aku pulak. Macam aku tak tahu kau nak kenakan aku. “Hahaha. Apa-apa jelah cik Intan Nurnina. Kau dekat mana ni? Ni nombor siapa pulak kau pakai?” “Intan Nurnina? Eh, janganlah main-main. Ni siapa sebenarnya? Iman kan? Awak suruh kawan awak yang pakai beg sekolah colour biru tadi bagi nombor dekat saya.” Har? Bila masa pulak aku bagi nombor dekat orang tadi? Takde pulak aku kirim salam dekat sesiapa. Pelik ni.Ej, jap jap! Ya Allah! Beg colour biru? Itu bukan warna beg Nina ke? Hish! Budak ni memang nak kena! Aku terus mendail nombor Nina. Tut.. Tut.. Tut.. Tut.. “Hello na!” “Hah! Hello! Ada apa?” “Kau ada bagi nombor aku dekat sesiapa tak tadi?” “Nombor? Hah kenapa? Dia mesej kau ke? Dia cakap apa? Ceritalah, ceritalah Man”, Nina menanyakan aku soalan dengan bertubi-tubi. Aku dah agak dah. Mesti kerja dia. “Apanya Nina. Siapa dia? Lelaki ke perempuan? Kau ni macam-macamlah. Main pas-pas pulak nombor aku. Tak sukalah,” nada suara ku berubah. Aku memarahi Nina. “Alah Man. Janganlah marah. Aku nak tolong kau je. Dia lah. Budak baru dekat sekolah kita. Iman Darwish. Kan tadi aku dah bawa kau tengok dia.” Nina menjawab slumber. Seperti dia tidak melakukan apa-apa salah. Ah, Nina! Siapa tak tahu perangainya. “Kalau ye pun, bagitahulah aku dulu. Ni tak, main bagi je nombor aku. Dah lah budak tu pun kau tak kenal.” “Hurm. Aku dah cakaplah dengan dia, jangan bagi nombor kau ni dekat sesiapa. Hanya orang tertentu saja yang boleh ada nombor kau,” Nina ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba telefon bimbitku menerima panggilan. Incoming call form Iman Darwish! “Hurm takpe lah Nina. Ni dia dah call aku pulak. Nanti aku cakap dekat dia, yang nak kenal dengan dia tu, kau. Bukannya aku. Okey, assalamualaikum!” aku memutuskan talian. Aku tidak membalas mesej daripada lelaki yang bernama Iman Darwish. Hati ku masih panas memikirkan Nina. ****** Keesokkannya, aku cuba melarikan diri daripada berjumpa dengan Nina. Nasib baik aku tidak sekelas dengannya. Kelasnya juga berada di tingkat bawah. Semasa aku hendak ke makmal Fizik, aku bertembung dengan lelaki itu. Muka ku berubah menjadi merah padam. Alamak, macam mana boleh terserempak ni. Pasal semalam tu, mesti dia ingat aku ni terhegeh-hegeh dekat dia. Padahal ni semua kerja si Nina tu. Malunya. “Iman…” dia memanggilku. Aku tidak tentu arah. Ingin saja aku berlari meninggalkan tempat itu. Aku berjalan laju. Tak ku sangka, dia mengekoriku. “Iman. Iman tunggu saya. Kenapa awak tak balas mesej saya semalam?” “Sorry takde kredit. Okeylah saya dah lambat!” aku terus berjalan meninggalkan Iman Darwish. Sampai sahaja di makmal fizik, Nina sudah pun berada di makmal itu. Mungkin dia ingin mendapatkan aku dan bertanyakan hal semalam. Aku tidak memperdulikannya dan terus masuk ke dalam makmal, tetapi Nina menarik tangan ku. “Woi makcik. Kau tak nampak ke aku kat sini?” “Nampak”. “Dah tu buat tak reti je?” “Dah tu nak aku buat apa?” “Amboi, marah sangat nampaknya tu. Sorry lah beb pasal semalam tu,”. “Tapi kau tahu kan aku tak suka kau buat macam tu. Takpelah. Lain kali tolong jangan buat macam tu”. “Okey bos. Janji tak buat lagi. Peace. Dah tu macam mana semalam?”, Nina masih bertanyakan tentang itu dan tersenyum lebar. “Takde apa-apa yang berlaku semalam. Lupakan. Dah, pergi masuk kelas. Ni dah kira ponteng kelas dah ni.” Aku menolak perlahan Nina sehingga keluar dari makmal. “Takde apa-apa? Sia-sia je lah usaha aku. Hurmm yelah. Balik nanti tunggu aku ya! Bye!” Nina berlalu pergi. ****** Malam itu, aku dan Nina mengulangkaji pelajaran di rumah ku. Nina tidak habis memujukku supaya menghantar mesej kepada Iman Darwish. Tetapi aku berkeras tidak mahu. “Nina, kenapa kau sungguh-sungguh buat macam ni?” aku memecahkan kesunyian yang dari tadi. Malam ini Nina tidak banyak bersuara. Mungkin dia masih rasa bersalah. “Buat apa?” “Buat ni lah.” “Ni? Apa?” Nina seperti blur. “Kadang-kadang, kau ni loading jugakan? Pasal nak carikan pengganti Zaril.” “Oh. Pasal tu? Hurm. Saje je. Aku nak tengok kau happy. Tu je.” “Eleh. Kau tu singlekan? Apa hal bukan kau je yang kenal dengan diorang?” aku sengaja mengusik Nina. “Aku lain Man. Kau lain.” “Takde apa yang lain. Sama je. Perempuan juga. Ke kau suka yang sama spesis tu?” aku terus mengusik Nina. “Eh takde lah. Merepek je lau ni. Ada lah sebabnya. Okeylah. Dah pukul 10. Aku balik dulu ya. Takut nanti balik lambat-lambat kene marah. Kau tahu je lah orang tua aku tu, okey. Jumpa dekat sekolah esok”. Aku menghantar Nina sampai ke pintu pagar rumah. Malam itu, aku menerima mesej. “Hai Iman. Buat apa?” “Hai. Siapa ni?” aku membalasnya. “Ni Darwish lah. Tak save ye nombor ni?” baru aku tahu. Darwish yang menghantar mesej itu. Aku terus mambalas mesejnya. “Oh Darwish! Ingatkan siapa. Sorry. Lupa nak save hari tu. Ada apa ya?” “Takde apa. Saje je mesej awak. Ganggu ke?” “Hurmm. Taklah.Awak buat apa tu?” Malam itu, entah kenapa aku tergerak hati untuk membalas mesej-mesej darinya. ****** Genap 3 minggu aku mengenali Iman Darwish. Aku selesa berkawan dengannya. Dia seorang yang mengambil berat. Aku, Nina dan dia selalu meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Iman Darwish banyak memberikan tunjuk ajar kepada ku jika ada soalan dari mana-mana matapelajaran yang aku kurang faham. Aku membelek majalah REMAJA. Aku duduk diruang tamu bersama ahli keluarga yang lain pada pagi Sabtu itu. Telefon bimbit ku berbunyi. Mesej daripada Iman Darwish. “Hai Iman.” “Hai Darwish.” “Buat apa? Dah breakfast?” “Tengah baca majalah. Sudah. Ada apa ni Darwish?” “Oh okey. Semalam saya tak nampak awak dekat sekolah pun. Awak tak datang ya?” “Tak. Semalam saya kurang sihat.” “Sekarang dah okey? Kalau belum, jangan lupa makan ubat ye. Nanti melarat pula sakit tu.” “Dah okey sikit. Yelah Encik Iman Darwish. Terima kasih kerana prihatin. Hahaha.” “Tak perlu berterima kasih. Adatlah. Kawan ambil berat pasal kita kan? Tambah-tambah awak orang yang saya sayang,” aku mula berasa lain apabila membaca mesej itu. “Saya orang yang awak sayang?” “Yelah. Iman, sebenarnya saya dah lama nak bagitahu awak soal ni. Cuma saya rasa terlalu awal.” “Bagitahu apa pulak ni?” aku sengaja buat-buat tak faham dengan apa yang Iman Darwish katakan. Ya Allah, apakah perkara yang selama ini aku takutkan akan terjadi? Jangan-jangan, dia suka aku tak? Hati aku belum terbuka untuk sesiapa selepas Zaril meninggalkan ku kerana perempuan lain setelah berpindah ke Singapura. Aku menampar pipi ku. Ish kau ni Iman, jangan nak perasanlah. Dia belum cakap apa-apa lagi. Lagi pun korangkan baru berkawan. Aku membaca mesej seterusnya. “Saya dah lama sukakan awak Iman. Sebenarnya sebelum Nina bagi nombor telefon awak lagi saya dah perasan awak. Mula dari tu lah saya sukakan awak,” Aku tidak tahu ingin berbuat apa. Aku tidak mahu mengecewakan dia. Aku tidak membalas mesejnya. Beberapa minit kemudian, Iman Darwish menelefonku. Aduh! Macam mana ni? Apa aku nak jawab kalau dia Tanya kenapa aku tak reply mesej tu? Okey Iman. Kau cool okey! Aku mengangkat panggilan itu. “Hello Iman, awak busy ke? Tak reply pun mesej saya tu?” “Oh awak ada balas eh? Sorry tadi saya tolong ibu dekat dapur,” “Oh yeke? Takpe lah kalau macam tu. Hurmm. Iman, sebenarnya.. Saya…” “Erk, sebenarnya apa?” aku agak sedikit gementar untuk mendengar pengakuan yang akan dibuat oleh Iman Darwish. “Sebenarnya saya sukakan awak NurulIman Idriani!” aku terdiam. “Iman. Iman!” “Hah, ye? Darwish, saya pun sukakan awak. Saya selesa berkawan dengan awak. Saya harap persahabatan kita ni kekal sampai bila-bila Darwish!” “Tapi Iman, saya sukakan awak lebih dari seorang kawan.” Iman Darwish mengaku jujur. “Maksud awak?” aku tahu dia inginkan hubungan yang series. “Saya tahu kita baru saja kenal. Tapi saya tertarik dengan awak. Awak jujur, lemah-lembut orangnya. Saya suka. Iman, sudi tak kalau awak jadi teman hidup saya?” “Darwish, saya minta maaf. Hati saya belum terbuka lagi untuk mana-mana lelaki. Saya tak boleh Darwish…” aku terpaksa jujur dengannya. Tut.. Tut.. Talian terputus. Diputuskan ! Ye talian sengaja diputuskan. Aku tahu Darwish kecewa dengan jawapan ku. ****** Sekarang sudah masuk pertengahan tahun. Aku dan Nina menghabiskan masa di perpustakaan. “Iman, mana buah hati kau tu?” “Buah hati apa pulak ni? Mana datangnya?” aku tahu buah hati itu dimaksudkan itu Iman Darwish. “Haih buat-buat tak tahu pula budak ni. Darwish lah. Aku tengok sekarang dah jarang jumpa. Selalu berkepit je.” “Oh. Entah. Lah, sekarang masing-masing busy lah. Takde masa nak jumpalah.” “Yeke? Bukan sebab kau reject dia ke? Nampaknya aku tidak boleh menyimpan rahsia ini lagi. Tentu Dawish telah memberitahu Nina tentang hal itu. “Hurm, wei Na. Soalan nombor 14 ni macam mana?” aku menukar topic perbualan. “Alahai Mrs Iman, tanyalah Mr Iman awak. Kejap lagi pergi kelas dia. Lepas tu, tunjuk dimana soalan awak tak faham tu. Confirm dia dapat jawab”, Nina tertawa kecil sambil mengenyitkan matanya. ****** Dua hari lagi semua pelajar tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan sebenar. Sumpah! Aku cuak gila. Tapi, dengan bekalan ilmu yang aku ada, insyaAllah semuanya okey. “Iman, sebelum jawab kertas tu, jangan lupa baca doa, baca bismillah dulu. Buat elok-elok.Ayah nak Iman boleh jadi contoh untuk adik-adik dan ahli keluarga yang lain,” acap kali aku mendengar ayat itu keluar dari ibu dan ayah bila aku akan menghadapi ujian dan peperiksaan. Selepas sarapaan, ayah akan menghantarku ke sekolah . Aku menyalam tangan ibu “Doakan kejayaan Iman ye bu.” Sesampai di dewan peperiksaan, meja ku selang 3 meja dari belakang tempat Nina. Di belakang Nina ialah Darwish! Okey Iman, buat tak tahu je. Kringgggggggg!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aku duduk di anjung bestari untuk mengulangkaji matapelajaran. Tiba-tiba mata ku terarah kepada Darwish. Dia memandangku, seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Ah! Malas nak ambil tahu. Malam itu aku menelaah matapelajaran Sejarah. Aku memandang telefon bimbitku. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Telefonku bordering. Huh! Panggilan dari Nina rupanya. “Hello Man!” suaranya cemas. “Hello, ye ada apa Na?” “Darwish wei. Darwish!” Aku pelik, kenapa nama lelaki itu yang disebutnya. “Har apahal pulak dengan dia?” “Dia man, dia kemalangan tadi. Aku dengar teruk. Sekarang aku on the way nak ke hospital.” Ya Allah, benarkah apa yang aku dengar ini? Tak mungkin. Baru saja aku merima mesej dari Darwish tadi. Mungkin mesej itu bermakna! “ Assalamualaikum. Iman, saya minta maaf jika selama ini kehadiran saya membuatkan awak rasa terganggu. Saya tak ada niat apa-apa. Saya ikhlas untuk berkawan dengan awak. Saya harap, satu hari nanti awak akan berjumpa dengan seorang lelaki yang menyayangi awak sepenuh hatinya. Saya ingin awak tahu. Saya sayangkan awak. Good luck untuk esok! Selamat malam pujaan hati” Aku segera ke hospital malam itu dengan ibu. Pada mulanaya ibu tidak mahu menghantarku ke hospital kerana hari sudah lewat malam, tapi aku memaksa ibu. “ Nina! Mana dia Na?!” aku berlari mendapatkan Nina di ruangan menunggu. “Sabar Man. Aku faham perasaan kau. Sekarang ni dia dekat ruangan ICU. Dia dalam keadaan kritikal.” Nina memberitahu ku sambil memeluk erat tubuhku. Aku rebah disisi Nina. Ya Allah, kuatkanlah hati hamba mu ini. Selamatkanlah dia ya Allah! Tidak lama kemudian, doktor keluar dari ruangan ICU, aku berlari mendapatkan keluarga Darwish serta doktor itu. “Macam mana dengan anak saya doktor?” Auntie Melliana bertanyakan doktor tentang anaknya. “Saya dan pihak hospital telah berusaha serta mencuba setakat mana yang mampu. Sekarang kita perlu berdoa kepadaNya moga selamatkan Darwish. Darwish mengalami kecederaan parah di otaknya. Dia kehilangan bayak darah. Sekarang dia dalam keadaan koma. Peluangnya untuk hidup hanya tinggal 25 peratus.” Aku terdiam mendengar kata-kata doktor itu, tanpa aku sedari air mata ku berderai. Buat masa ini, kami tidak dibenarkan melawat Darwish. Aku hanya mampu melihatnya dari cermin kaca itu. Hari ini sudah masuk hari ke-3 peperiksaan. Tiap kali aku pandang ke hadapan, tiap kali juga aku memandang meja di belakang Nina yang kosong. “Ya Allah, kau selamatkanlah dia,” sering kali aku berdoa kepada-Nya. Walaupun hati ku tidak kuat menghadapi ini, tapi ku gagahkan juga. Hari demi hari yang berlalu, keadaan Darwish masih tidak ada apa-apa perubahan yang memberangsangkan. Hari-hari aku melawatnya di hospital. Eikkkkk! Daun pintu ditolak perlahan, ibu dan kakak Darwish yang datang rupanya. Walaupun sudah 2 minggu aku datang ke sini, Auntie Melliana tidak pernah bercakap denganku. Caranya seperti tidak suka kehadiranku disisi Darwish ketika ini. Entah mengapa. Mungkin kerana aku telah melukakan hati anak lelakinya ini. Kakak sulong Darwish yang lebih mesra ku panggil Kak Dirna tiba-tiba memanggilku.. “Iman, ambil ni,”Kak Dirna menghulurkan dua kotak kepadaku. Satu berwarna merah dan satu lagi berwarna merah jambu. “Apa ni kak?” “Ambillah,” Kak Dirna seperti memaksaku untuk menerima pemberiannya itu. “Tapi…” aku memandang wajah ayu Kak Dirna, begitu ikhlas wajahnya. Sempat lagi aku mengerling Auntie Melliana yang berada disisi Darwish sejak tadi. “Ambil Iman. Kalau kamu tak ambil, kamu akan lukakan hati dia. Ini adalah kepunyaan Darwish yang sepatutnya menjadi milik kamu,” mendengar katanya itu, membuatkan aku rasa serba salah jika aku menolak pemberian tersebut. “Ambil jelah Iman,” tiba-tiba Auntie Melliana bersuara. Sepertinya, barang itu penting. Aku mencapai kotak-kotak tersebut. “Thanks kak”. Aku tiba dirumah pada jam 6.30 petang. Aku memutuskan untuk membuka kotak itu selepas mandi. Selepas mandi, aku duduk diatas katil sambil memandang kotak-kotak tersebut. Apalah yang penting sangat dalam kotak tu. Dengan perlahan, aku membuka dulu kotak yang berwarna merah. Banyaknya surat! Aku membaca satu persatu. Aku terharu, baru aku tahu. Selama ini, hari-hari Darwish akan menulis surat untukku. Tetapi dia tidak pernah menghantarnya. Tiba-tiba aku terpandang surat berwarna merah jambu. Aku mencapainya. Ianya bukan surat. Tapi kad! Ya, seperti kad hari lahir! 04 Ogos… Assalamualaikum Pujaan Hati. Apa khabar? Apa-apa pun , saya nak ucapkan. Selamat Hari Lahir yang ke-17. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa bahagia dengan orang yang tersayang. Awak jaga diri tau! Saya sayang awak. Dalam kotak pink tu, ada hadiah untuk awak. Maaf, hanya itu yang saya boleh berikan kepada awak. Harap awak suka. With Love: Muhammad Iman Darwish Aku membuka kotak merah jambu itu, didalamnya ada sebingkai gambar. Gambar tu, gambar masa mula-mula aku dan dia keluar. Nina yang ambil gambar ni. Sweetnya time tu! Baru aku faham, kotak berwarna merah itu sebenarnya memberi maksud. Warna merah itu melambangkan hati kecilnya serta segala luahan hatinya selama ini. Belum pernah aku jumpa lelaki yang seikhlas ini untuk berkawan denganku. Tapi, bukan aku yang memutuskan persahabatan ini. Dia yang… Ah! Selama ini aku buat tak tahu je dengan dia. Hampir tiap malam dia mengirimkan mesej “Selamat Malam Pujaan Hati!”. Tapi, semuanya tak seperti dulu… ****** “Hei kawan, kau pergi tengok dia tak petang ni?” Nina menegurku ketika mahu pulang dari sekolah. “Pergilah. Asal? Nak ikut ke? “Eh, takdelah. Aku tak dapat pergilah. Ada hal sikit petang ni dengan family aku. Kau ajaklah Tasya kelas sebelah tu. Tadi dia cakap nak pergi tengok Darwish.” “Oh okey-okey”. Sesampai di hospital,aku dan Tasya mencari Darwish kerana di katilnya sudah kosong! Kemana dia? Aku mula gelisah. Aku mengambil telefonku untuk menelefon Kak Dirna. Ya Allah! 13 panggilan tak dijawab dan 2 mesej dari Kak Dirna! Sumpah aku tak perasan. Phone aku silent. Aku segera manarik tangan Tasya masuk ke dalam teksi untuk ke rumah Darwish. Tiba di rumahnya, aku melihat ramai orang di muka pintu. Apa yang berlaku? Aku masuk kedalam. Aku melihat orang-orang sedang membacakan yassin. Ya Allah! Tak mungkin dia. Air mataku berderai setelah melihat sekujur tubuh berbaring dikelilingi mereka yang membaca yassin. Kak Dirna duduk disisiku. Dia memelukku… “Iman, sabar ye. Dah sampai masanya dia pergi. Allah lebih sayangkan dia man.” Sayup kedengaran suara Kak Dirna. Aku menangis dalam pelukannya. “Kak, kenapa cepat sangat? Iman dah janji pada diri Iman, bila dia sedar nanti Iman nak dia tahu Iman juga sayangkan dia. Dialah kawan Iman. Iman tak pernah jumpa lelaki yang baik seperti dia kak. Iman dah janji Iman nak bahagiakan dia.” Aku merasa bersalah kerana aku tidak pernah menghargai kehadirannya yang begitu ikhlas. Sekarang, semuanya hanya tinggal kenangan….. ****** Peperiksaan SPM telah pun berlalu. Keluargaku membawaku bercuti di Hotel Ancasa Resort di Port Dickson. Mereka faham akan keadaanku. Sudah seminggu pemergian arwah, bayangannya masih segar dalam ingatanku. Sedang aku dan adik-adikku hendak turun ke kolam renang, aku ternampak kelibat seorang gadis. Aku tertarik untuk mengekorinya kerana rambutnya yang berwarna perang sehingga mencecah ke paras pinggang, caranya berjalan seperti rakan sekolahku! Tiba di satu kedai serba neka, aku kehilangan jejak gadis itu! Aduh! Mana pulak budak tadi? “Hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!” seseorang menyergahku dari belakang sambil menepuk kedua bahuku. “Astagfirrullahalazim! Kau rupanya Suraya! Buat terkejut aku lah kau ni! Buat apa dekat sini?” “Sorry Iman. Sengaja je! Aku ikut kau lah. Apa lagi.” Suraya ketawa melihat ku. “Har? Ikut aku?” mukaku pelik. “Takde lah. Just joking dear! Aku pun macam kau juga. Holiday. Tenangkan fikiran. Actually, dari semalam aku dah nampak kau lah. Bilik aku sebelah bilik kau lah makcik!” jawab Suraya dengan nada yang manja. Di sekolah, gadis ini berada di kelas 5 Pluto iaitu selang satu kelas selepas kelas arwah. Dia antara gadis yang meminati arwah. Dibandingkan dengan aku, dia lebih cantik. Tapi entah kenapa arwah memilihku. “Oh yeke? Sorrylah. Semalam, sampai je. Aku tak keluar bilik pun. Ni baru nak bawa adik-adik aku turun mandi kolam. Kau nak pergi mana ni?” aku bertanya. “Nak pergi swimming pool,” “Samalah. Jomlah pergi sekali,” aku mengajak Suraya. Aku duduk di kerusi di tepi kolam sambil mendengar lagu yang arwah titipkan didalam kotak merahnya. Lagu Cinta Dalam Hati nyanyian kumpulan Ungu. mungkin ini memang jalan takdirku mengagumi tanpa di cintai tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia dalam hidupmu, dalam hidupmu telah lama kupendam perasaan itu menunggu hatimu menyambut diriku tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah bahagia untukku, bahagia untukku ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu meski ku tunggu hingga ujung waktuku dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini sajatuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya dan biarlah rasa ini bahagia untuk sekejap saja Sedang asyik aku mendengar lagu itu, tiba-tiba adik perempuanku, Kalissa, memanggilku. “Kak Iman! Tengok tu!” Kalissa menunjuk ke arah seorang lelaki yang berbaju putih yang berdiri di tepi kolam renang. Aku memandang kearah lelaki itu. “Ya Allah! Tak mungkin. Wajahnya… Mirip dengan… Hei Suraya, kau tengok sana tu!” aku terkejut lalu memanggil Suraya. “Hah apa? Mana Man?” “Tu lah. Yang pakai baju putih tu” “Eh! Tu kan….! Tapi mustahil. Mungkin pelanduk dua serupa.” Suraya juga terkejut apabila memandang lelaki yang mirip dengan arwah. Aku terus memerhatikannya sehingga tidak perasan, lelaki itu juga memandang ke arahku. Suraya menegurku. “Wei Iman, kau janganlah pandang dia macam tu. Dia perasanlah.” “Har,, mana ada aku pandang dia.” Aku cuba menipu. “Kalau tak pandang, apa pasal dia tenung kau lain macam je?” “Yeke?” malunya. Mukaku menjadi merah padam. “Su, aku pergi toilet sekejap ye! Jap lagi aku datang balik. Tolong tengokkan adik-adik aku!” aku pergi meninggalkan Suraya. Di luar tandas… Bukkkk! Aku terlanggar seseorang. “Sorry encik, saya tak perasan.” Aku mengangkat muka ku. Alamak! Lelaki tadi! “Macam mana awak nak perasan kalau dari tadi awak asyik memandang arah kolam tu. Awak pandang siapa?” lelaki yang tingginya lebih kurang 170 cm itu seperti tahu aku memerhatikannya. Erkk, dia perasan ke? Segannya aku. “Eh, saya pandang adik-adik sayalah” “Oh? Bukan awak pandang saya? Sampai awak tak perasan saya ikut awak?” lelaki itu memandangku sambil mengangkat kening kirinya. Ish perasan! Berlagak pulak tu! Menyampah aku. Tapi rupanya memang serupa dengan arwah. “Jangan nak perasan okey. Saya tak pandang awak pun, so please! Tepi sikit.” Aku menolak lelaki itu kerana dia menghalangku untuk masuk ke tandas. “Iyalah tu. Kalau nak sangat pandang puas-puas, malam ni tunggu saya dekat restoran sana tu. Kita dinner. Time tu awak pandanglah puas-puas okey! By the way Im Haris Iman. Just call me Haris!” “Hah? Jangan harap! Bye!” aku pergi meninggalkan lelaki itu. Haris Iman? Kenapa ni? Apa semua ni? Kebetulan! Ye hanya kebetulan. Patut ke aku keluar jumpa dia? Oh tidak! Dah lah perasan, berlagak pulak tu! Ada hati ni nak ajak aku makan satu table. Ingat aku ni perempuan jenis apa? Senang-senang je nak terima pelawaan itu? Siapa pun dia, dia tidak mungkin boleh menggantikan tempat Iman Darwish. Iman Darwish hanya ada satu di dunia ini! Hasil Karya: AqmaRizza Nur Aqmar Rizza Masree 5 Seni Kecantikan 2012 Thanks for reading. Amik masa yang lama untuk aku siap kan. Btw, tolong doakan aku menang pertandingan ni.
|
Hey Stalker ![]() Contact Me : Official Blog | | FaceBook Welcome to my paradise. I'm Aqmar, From Negeri Sembilan .What do you want in here? Okeh, stalker my bloggy . Bhaha, thankyou :) Profile
Stuff
Cakap-cakap Disini
Rewind Credits by .. ![]() Template By: Esha Reekay Big helped: Aulia Septiya Edited: Aqma Reekay |